Jumaat, 4 Februari 2011

Kerdipan kunang-kunang...


Telah begitu lama aku tidak menulis. Apakah api yang nyala membara ketika saban lama, kini hanya tinggal kerdipan kunang-kunang? Hati ku berkata tidak mungkin, sedang minda ku liat amat, untuk mengetuk jejari pada laptop yang telah sekian bulan menanti. Harap ku, biarlah kemalapan ini hanya buat sebentar cuma. Yang menanti, pada saat nanti, adalah kegagahan tarian pena meninjau segenap inci pelabuhan maya.

Wallauhuaalam!