Selasa, 6 Mac 2012

Pucuk Kelat Paya ( Bah 5 : LELAKI MELAYU TERAKHIR)


“Assalamualaikumwrb ….” Azizi memalingkan mukanya ke sebelah kiri. Selesailah tugasnya padasubuh ini, bibirnya bersyukur. Sekalipun, dia menyedari betapa belum tentuAllah akan menerima solat subuhnya. Belum tentu lagi, solat-solatnya selama iniakan membawanya ke syurga faidausi. Azizi sedar, sekalipun dia acap kalimeletakkan harapan agar, solat-solatnya terlaksana dengan penuh khusu’ dantawadhu’, namun setakat subuh tadi, dia masih juga belum benar-benar menikmatierti khusu’ lagi. Masih juga, jiwa dan mindanya menerawang ke segenap morganaimpiannya.

Hariini, dia berhasrat untuk membersihkan kawasan laman rumahnya. Kali terakhir diamelakukan kerja-kerja itu, ialah dua minggu lalu. Petang semalam, ketika diapulang dari kerja, dia tidak terus masuk ke rumah. Dia menapak pada setiapruang di halaman rumahnya itu. Dan pastilah dia, akan anak-anak rumput liarsudah mulai muncul di merata tempat. Mencabar, malah menyumpahnya juga. Malahbukan itu saja, sederetan semut merah merentas berliku-liku dari bawah pohonciku menuju ke kawasan deretan pasu-pasu bunga sambil bernyanyi riang ria,tersengeh melihat kederat Azizi mengangkat sumpah kononya. Azizi bertekat, esokakan diperanginya habis-habisan anak-anak rumput, dan juga semut-semut merahitu. Biar mereka tidak lagi tersengeh padanya. Biarlah rumput-rumput itu, tidaksempat memancutkan benihnya lagi.

Sekitarjam 8 pagi. Azizi sudah pun mengenakan seluar pendek lusuhnya. Kalau tak adaaral melintang, tengah hari nanti baru dia masuk ke rumah, mandi, makan danseterusnya tidur barang sejenak. Mungkin juga tidur sampai ke asar nanti kalau isterinya terlupa untuk meminta itu dan ini.

Azizimencabut satu-satu rumput liar itu. Selalunya, ketika itu, dia akan menjulangfantasi, seronok benar gamaknya, kalau dia punya magis, yang dapat membunuhsemua hidupan liar di lamannya. Yang tinggal hanya rumput karpet. Tapi hariini, fikirannya menerawang pada pertemuannya dengan Syasa dan Zura. Buatseketika, Azizi terhenti dari mencabut rumput. Dia lupa juga pada ejekan semutmerah.

Diamelontar pandangannya ke arah pucuk pokok kelat paya, yang membarisi halamanrumahnya. Keindahan pucuk-pucuk pokok itu, seakan sama dengan kecantikan yangujud pada kedua-dua wanita itu. Cuma mungkin persamaannya tidak berapa tepat.Ah, tak mengapalah, yang penting, seakan ada persamaan di antarakecantikan-kecantikan itu.

Azizibangun, lalu terus menuju bawah pokok pelam yang rendangnya, hampir menutupisebahagian besar laman rumahnya. Dicapainya pasu bunga pokok amoi (dinamakannyaamoi kerana dia tertarik pada amoi yang menjual pokok itu beberapa bulan yanglalu) yang terbalik dek hembusan angin Januari petang semalam.

Aziziterfikir, kenapa dia samakan pucuk pokok kelat paya itu, dengan kedua-duawanita itu? Sedangkan mereka telah pun hampir mencecah 40? Sedangkan, seharusnyaperbandingan patut benar dibuatnya dengan gadis-gadis ranum, mungkin sekitar 15atau, paling berumur pun; 17 tahun?

Tidaktepat sama sekali. Mana mungkin ada persamaan? Azizi termenung sebentar, diamemaling kepalanya sekali lagi lalu merenung pada pucuk kelat paya itu. Daunnyayang begitu murni, begitu muda, merah, ungu, kuning dan hijau muda begitu lembutditiup angin pagi itu, tidak mungkin dapat disamakan dengan Syasa dan Zura.Tapi, kenapa hatinya tetap mengatakan ada persamaan?

Ya,tetap ada pesamaan! Tetap ada!

“Azizi,you tell me, apa yang seorang wanitaitu inginkan daripada seorang suami?” Zura menuding soal kepadanya. Senyumnya meleret, jari halusnya menguis-nguislagi percisan roti bakar di hadapannya.

Azizimenoleh pada Syasa. Dia tidak tahu, apakah mahu terus memberi jawapan, atauingin membaca apa sebenarnya yang terjerit pada celah-celah baris soalan itu.Seekor kelkatu melintas hidungnya.

Syasasekadar senyum. Apakah dia tersenyum kerana Zizi cuba menepis kelkatu, ataukerana dia tahu, Zizi sedang terkial-kial mencari jawapan? Namun, dia seakantidak mahu membantu Zizi. Cuma untungnya dia tidak juga menambah berat soalanitu. Sedari tadi pun, dia sekadar seakan seronok melihat Zizi digasak berulangkali oleh Zura.

“Bolehyou jawab Zizi?”

“Mmm…dulusorang student I ada bertanya soalan yg sama. I jawab seadanya! Tapi you bukan studentI. you seorang wanita yang sudahmatang, sudah tahu tendang terajang kehidupan!” Zizi membuka lembar jawapan. seakan penebus dosa lagaknya.

Ya!Pucuk pokok kelat paya itu, memang masih muda sangat. Kalau hari ini, adaburung yang memagutnya, pucuk itu akan terkulai pasti. Atau kalau tiba-tibaangin kuat sedikit, tentulah pucuk-pucuk itu bisa terpisah dari tangkainya,yang juga amat muda lagi.

Tapiini bukan pucuk kelat paya yang masih muda. Tak mungkin sama. Zura dan Syasaibarat daun-daun yang sudah matang, sudah mampu menampan angin ribut dan taufan,sekalipun sekuat ribut yang pernah memusnahkan bumbung pejabat rukun tetanggaberdepan dengan rumahnya beberapa bulan yang lalu.

“Sayakira, sama saja, baik bagi seorang gadis berumur 15 maupun, seorang wanita40an?” Zizi melontar kembali soalan itu kepada Zura.

“Samakah?” Syasa seakan tidak tahan, pantas mencapai busur. Anak panah yang sedaritadi tersusun kemas-kemas dalam lipatan akal, kini melayang juga ke arah Zaki. dia kini seakan mahu melihat Zizi menepis anak panah darinya.

“Ayah,cekodok dah siap!”

Pasuyang diangkatnya terlepas, lalu menghempap ibu jari kakinya yang lompang tanpa kasut.

“Adoii…ssss……”

(Bersambung...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan